Kitaran luar biasa Haid


Pendarahan

Pendarahan yang banyak atau jumlah melebihi 80 ml (hipermenorrhea atau menorrhagia) adalah tidak normal.

Pendarahan amat sedikit (kurang dari 10ml) dikenali sebagai hipomenorrhea.

Pendarahan berpanjangan (metrorrhagia, juga sebagai meno-metrorrhagia) tidak lagi menunjukkan pola selingan yang jelas. Pendarahan kegagalan uteria (Dysfunctional uterine bleeding) merujuk kepada aliran luar biasa yang disebabkan oleh hormon, biasanya anovulation.

Kesemua pendarahan tidak normal memerlukan perhatian perubatan; ia mungkin menunjukkan ketidak seimbangan hormon, fibroid pada uterus, atau masaalah lain. Disebabkan wanita yang mengandung mungkin berdarah, ujian kehamilan mungkin membentuk sebahagian daripada penilaian pendarahan tidak normal.

Panjang kitaran

Istilah perubatan bagi kitaran dengan selang 21 hari atau kurang adalah polymenorrhea dan, sebaliknya, istilah bagi selang kitaran melebihi 35 hari adalah oligomenorrhea (atau amenorrhea sekiranya selang melebihi 180 hari).

Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid berpanjangan bagi wanita dalam tempoh membiak. Sebagai contoh, wanita dengan lemak badan amat rendah, seperti ahli sukan, mungkin berhenti datang haid. Amenorrhea turut berlaku semasa hamil.

Haid awal

Keadaan remaja precocious (precocious puberty) telah menyebabkan haid berlaku kepada gadis semuda lapan bulan.[18]